Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Syarikat perladangan di Sarawak didenda

    KUCHING, 3 SEPT – Sebuah syarikat perladangan didenda berikutan insiden sisa dan serpihan kayu balak yang hanyut serta terapung di Sungai Krangan, Balai Ringin, kira-kira 90 kilometer baru-baru ini, kata Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak, hari ini.

    NREB dalam kenyataan berkata, syarikat tersebut didapati menggunakan jentolak dan membuka tanah tanpa kawalan di zon penampan di sepanjang sungai dalam ladang mereka, dan zon penampan adalah penting dalam usaha mengatasi masalah alam sekitar.

    “NREB sedang melakukan siasatan menyeluruh untuk menentukan sama ada terdapat sebarang pelanggaran tambahan dalam zon penampan. Jika pelanggaran tambahan ditemukan, kami akan mulakan siasatan dan tindakan undang-undang akan diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab, termasuk membawa mereka ke mahkamah untuk pendakwaan,” menurut kenyataan itu. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda