Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Taeil NCT dituduh ganggu wanita sejak 6 tahun lalu

    Anggota kumpulan NCT Taeil rupa-rupanya sudah didakwa atas kesalahan melakukan jenayah seksual terhadap seorang wanita pada Jun lalu.

    Sumber polis memaklumkan Taeil, 30, dituduh melakukan jenayah berkenaan dengan meletakkan kamera tersembunyi di kediaman wanita berkenaan sejak enam tahun lalu. Tidak cukup dengan itu, Taeil turut didakwa menganggu wanita yang tidak diketahui hubungan sebenar di antara mereka selain mengugutnya.

    Sebelum ini, polis menafikan khabar angin yang bertebaran di media sosial mendakwa Taeil melakukan jenayah seksual terhadap seorang remaja lelaki di bawah umur. Pendedahan terbaharu itu mengundang pelbagai spekulasi dan tanda tanya dalam kalangan peminat dan masyarakat di Korea Selatan.

    Malah syarikat pengurusan NCT iaitu SM Entertainment turut menjadi sasaran warganet selepas agensi itu didakwa cuba menyembunyikan kes membabitkan Taeil sejak dua bulan lepas. Sebelum ini, polis menafikan khabar angin yang bertebaran di media sosial mendakwa Taeil melakukan jenayah seksual terhadap seorang remaja lelaki di bawah umur.

    Pendedahan terbaharu itu mengundang pelbagai spekulasi dan tanda tanya dalam kalangan peminat dan masyarakat di Korea Selatan.

    Pada Rabu, SM Entertainment mengumumkan Taeil disingkirkan daripada kumpulan NCT kerana terlibat dalam kes jenayah seksual.

    Untuk rekod, Taeil merupakan sebahagian daripada NCT yang memulakan kerjaya pada tahun 2016. Kumpulan itu kini mempunyai lebih dua dozen ahli yang dibahagikan kepada beberapa sub unit termasuk NCT 127, NCT Dream dan NCT Wish. – Agensi

    Taeil dituduh menganggu seorang wanita selama enam tahun lamanya. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda