Saturday, May 4, 2024
25.1 C
Brunei

    -

    Tak menang tangan layan peminat raja kunyit

    TANAH MERAH, 6 JUN – Sejak 20 Mei lepas, Mohd Anuar Yusoff, 53, tidak menang tangan melayan kehadiran ramai peminat Raja Kunyit D197 yang ingin menikmati keistimewaan rasa durian itu di kebun miliknya di Kampung Lawang, Batu Gajah, di sini.

              Peminat durian yang datang bukan sahaja dari sekitar Kelantan, tetapi ada daripada Negeri Sembilan, Johor, Perak, Pahang, Terengganu malah sejauh Sarawak, demi Raja Kunyit atau nama komersialnya Musang King.

              Bercakap kepada Bernama, Mohd Anuar berkata biarpun Raja Kunyit atau Musang King merupakan klon yang sama, tetapi buah yang ditanam di Tanah Merah mempunyai rasa yang berbeza berbanding yang ditanam di lokasi lain. – Bernama

     

    Mohd Anuar Yusoff menimbang buah durian Raja Kunyit D197 yang dikehendaki pelanggan ketika ditemui Bernama di kebun miliknya di Kampung Lawang, Tanah Merah. – Bernama
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...