Tuesday, September 17, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    TAP kreditkan pulangan dividen 2.5 peratus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 SEPT – Bagi memastikan simpanan ahli menerima manfaat pulangan pertumbuhan yang stabil, Tabung Amanah Pekerja (TAP) hari ini telahpun mengkreditkan pulangan dividen sebanyak $128,336,898.59 ke dalam akaun masing-masing pada kadar tetap 2.5 peratus bagi tahun kewangan 2023-2024 yang berakhir pada 31 Mac lalu.

    Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai jumlah pulangan dividen yang telah dikreditkan, ahli bolehlah merujuk kepada Penyata Akaun Tahun Kewangan 2023-2024 dengan melog masuk ke akaun e-Amanah masing-masing di www.tap.com.bn.

    Bagi sebarang pernyataan lanjut, ahli juga boleh menghubungi Pusat Panggilan TAP di talian 2722929 atau melalui emel di ask@tap.com.bn semasa waktu bekerja.

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda