Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Taufan Debby: Angka kematian cecah 4

    MOSCOW, 6 OGOS – Sekurang-kurangnya empat orang maut dan lebih 150,000 penghuni terputus bekalan elektrik ketika Taufan Debby terus melanda Pantai Timur Amerika Syarikat (AS), lapor Sputnik, memetik penyiar NBC.

    Seorang budak lelaki berusia 12 tahun dan seorang wanita maut dalam kemalangan kereta di Dixie County, Florida, kelmarin, kata penyiar itu. Sebelum itu, seorang pemandu trak hilang kawalan di jalan basah di New Albany, Mississippi dan terjunam ke dalam terusan, terbunuh akibat kesan perlanggaran. Sejam kemudian, seorang budak lelaki berusia 13 tahun dilaporkan terbunuh oleh pokok yang tumbang di atas rumah bergerak.

    Di seluruh negeri Florida dan Georgia, kira-kira 153,000 orang telah terputus bekalan elektrik oleh taufan itu, menurut laman web pemantauan poweroutage.us.

    Gabenor Florida, Ron DeSantis mengisytiharkan darurat untuk 61 daerah di negeri itu kelmarin.

    Awal hari ini, Presiden AS Joe Biden meluluskan permintaan Gabenor Carolina Selatan, Henry McMaster untuk mengisytiharkan darurat di seluruh negeri. – Bernama

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda