Saturday, May 4, 2024
24 C
Brunei

    -

    Tayar pesawat EgyptAir meletup ketika mendarat

    KAHERAH, 28 MEI – Tayar sebuah pesawat EgyptAir meletup namun berjaya mendarat dengan selamat ke destinasi pada awal hari ini di Arab Saudi, menurut syarikat penerbangan kebangsaan Mesir. Tiada korban jiwa dilaporkan.

    Pesawat MS643 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah awal hari ini dan salah sebuah tayar pesawat meletup semasa mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di bandar Jeddah, Arab Saudi, menurut kenyataan EgyptAir.

    Pesawat Boeing 738 membuat pendaratan selamat di landasan dan kesemua penumpang meninggalkan pesawat tanpa sebarang kecederaan dilaporkan, menurut kenyataan.

    Syarikat penerbangan itu tidak memberikan kenyataan lanjut mengenai punca masalah dan menambah bahawa siasatan dan penyelenggaraan ke atas pesawat sedang dijalankan. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...