Thursday, May 2, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Teknologi baharu mampu atasi masalah tenaga buruh

    KUALA LUMPUR, 27 JULAI – Penggunaan teknologi baharu dalam industri agrikomoditi di Malaysia akan dapat membantu mengatasi masalah tenaga buruh selain meningkatkan produktiviti syarikat, menjimatkan masa dan mengurangkan kos, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI), Datuk Seri Dr Adham Baba.

    Beliau berkata pencarian atau pembangunan produk menggunakan teknologi terkini juga penting untuk meningkatkan nilai tambah sesebuah produk asas.

    “Misalnya, produk mentah agri-komoditi seperti kenaf, getah dan sisa fiber daripada proses penuaian dan pengekstrakan minyak sawit sesuai digunakan untuk menghasilkan bio-komposit plastik dan gentian lain yang bernilai tinggi,” katanya pada hari kedua Ekspo dan Sidang Kemuncak Agrikomoditi Antarabangsa Malaysia (MIACES) 2022 hari ini. – Bernama

    Datuk Seri Dr Adham Baba semasa bercakap pada Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen ke-14 bagi Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bangladesh catat suhu paling panas bulan April

    DHAKA, 1 MEI - Biro cuaca Bangladesh berkata hari ini bahawa bulan lalu merupakan bulan paling panas dalam rekod, dengan negara Asia Selatan dan...