Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    TFC enggan pandang rendah prestasi Sri Pahang FC

    KUALA NERUS, 16 OGOS – Terengganu FC (TFC) tetap berwaspada dengan cabaran Sri Pahang FC biarpun pasukan itu berada dalam prestasi tidak menentu.

    Pengendali TFC, Tomislav Stein-bruckner berkata skuad bimbingan Fandi Ahmad pastinya akan turun dengan misi memburu tiga mata bagi memperbaiki kedudukan dalam Liga Super.

    Beliau berkata dua ayam tambatan skuad Tok Gajah, Kpah Sherman dan Manuel Hidalgo perlu dikawal rapi sekiranya skuad Penyu tidak mahu diaibkan di hadapan penyokong sendiri.

    “Sri Pahang menduduki tangga ke-10 dengan enam mata setakat ini tapi mereka memiliki kualiti tertentu. Tidak kisah mereka ada enam mata tapi yang penting prestasi kita perlu baik untuk menang,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Kompleks Sukan Gong Badak.

    Selepas mengharungi tujuh perlawanan, TFC menghuni tangga ketiga Liga Super dengan mengumpul 14 mata, di belakang Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda