Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    TNB, Petronas teroka teknologi CCS

    KUALA LUMPUR, 5 NOV – Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk meneroka teknologi Pemerangkapan dan Penyimpanan Karbon (CCS) bagi loji jana kuasa gas.

    Syarikat terbabit dalam satu kenyataan bersama berkata kerjasama ini menandakan komitmen kedua-dua pihak terhadap Pelan Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan selaras dengan aspirasi Malaysia untuk mencapai karbon sifar bersih menjelang 2050.

    Menurut kenyataan itu, NETR mengenal pasti pemerangkapan, penggunaan, dan penyimpanan karbon (CCUS) sebagai tuas peralihan tenaga keenam dengan langkah jelas ke arah karbon sifar bersih sambil menambah MoU itu menterjemah aspirasi tersebut menjadi inisiatif dan tindakan. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda