Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Trump cedera dalam insiden tembakan semasa berkempen

    WASHINGTON, 14 JULAI – Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dilaporkan cedera dalam kejadian tembakan semasa berkempen di negeri Pennsylvania, AS kelmarin.

    Agensi Anadolu melaporkan Trump dilihat berlumuran darah pada telinga kanannya ketika beliau dipindahkan dari pentas, menurut rakaman media sosial.

    Perkhidmatan Rahsia berkata ia telah melaksanakan langkah perlindungan dan bekas presiden itu selamat.

    “Ini kini merupakan penyiasatan Perkhidmatan Rahsia yang aktif dan maklumat lanjut akan dikeluarkan apabila tersedia,” katanya.

    Satu kenyataan berkata, Trump dalam keadaan baik, sedang diperiksa kecederaannya di kemudahan perubatan dan Rumah Putih berkata, Presiden Joe Biden menerima taklimat mengenai insiden tembakan itu. – Bernama

    Donald Trump kelihatan berdarah di telinga kanannya dan sedang dipindahkan dari pentas selepas bunyi tembakan kedengaran semasa kempen berlangsung di Pennsylvania kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda