Thursday, May 2, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Tsitsipas jinakkan Medvedev

    CINCINNATI, 21 OGOS – Pemain ranking teratas dunia, Daniil Medvedev melakukan 11 double-fault semasa tewas kepada Stefanos Tsitsipas 7-6 (8/6), 3-6, 6-3 semasa pertemuan separuh akhir Masters Cincinnati ATP/WTA, hari ini.

    Medvedev mengetahui nasibnya dalam perlawanan keenam set terakhir ketika dia melakukan empat double-fault untuk memberikan lawannya dari Greece mendahului 4-2.

    Tsitsipas akan bermain untuk merebut gelaran menentang pemain Croatia, Borna Coric, yang membuat penampilan akhir di Masters ATP kali pertama dalam masa empat tahun selepas menundukkan pemain Britain, Cameron Norrie, 6-3, 6-4.

    Tsitsipas hanya menang tiga perlawanan bertemu Medvedev selepas tewas dalam tujuh pertemuan dan berjaya menjinakkan pemain nombor satu buat kali kedua dalam 12 percubaan.

    Pemain pilihan keempat mengasak pemain nombor satu dunia dalam tiga mata perlawanan pertama untuk mara ke pusingan akhir.

    Aksi Stefanos Tsitsipas membalas pukulan Daniil Medvedev semasa pertemuan di pertemuan separuh akhir Masters Cincinnati ATP/WTA, kelmarin. – AFP

    “Saya tahu ia akan berdepan tugasan sukar pada set ketiga,” kata Tsitsipas. “Dia membuatkan perlawanan ini sangat fizikal, sangat mencabar.

    “Tetapi saya mengambil kesempatan pada pukulan servisnya yang terlepas. Ia memberikan saya masa untuk memikir langkah saya seterusnya. Saya sangat tenang dan fokus dalam setiap pukulan.”

    Sementara itu Coric, pemain nombor 152 dunia yang terlepas daripada beraksi selama setahun kerana kecederaan bahu dan hanya kembali menyertai jelajah pada Mac, mara selepas bermain 91 minit dalam perlawanan yang tertunda selama beberapa jam akibat hujan.

    “Ia hari yang sangat panjang. Saya tidak menyangka untuk bermain pada sebelah malam,” kata Coric. “Hari yang tidak menentu tetapi saya berjaya menamatkannya dengan baik.”

    Coric adalah pemain finalis ranking terendah kedua sejak kejohanan bermula pada 1973, dengan pemain ranking 191, Andrei Pavel berjaya bermain di final Roland Garros pada 2003. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Parlimen Korea S luluskan siasatan baharu insiden kematian Marin

    SEOUL, 2 MEI - Parlimen Korea Selatan hari ini meluluskan rang undang-undang untuk mengadakan siasatan baharu ke atas kematian orang ramai semasa Halloween 2022...