Thursday, May 2, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Undian Ketua Kg Kawasan 4, RPN Kg Rimba pada 6 Nov

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 OKT – Jabatan Daerah Brunei dan Muara (JDBM), memaklumkan bahawa Majlis Pengundian dan Pemilihan Calon Ketua Kampung Kawasan 4, Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Rimba, Mukim Gadong A akan diadakan pada 6 November di Sekolah Rendah Rimba I.

    Pengundian akan menggunakan dua kaedah iaitu secara kertas undian pada 6 November itu dan melalui undian secara aplikasi mudah alih yang akan dibukakan melalui aplikasi e-Undi PMKK bermula 4 November.

    Oleh itu, penduduk kampung yang belum mendaftar, bolehlah mendaftar menggunakan borang daftar penduduk melalui pemangku ketua kampung ataupun melalui Bahagian Institusi Mukim dan Kampung (JDBM) sebelum 6 November manakala bagi aplikasi mudah alih boleh mendaftar melalui aplikasi e-Undi PMKK sebelum 3 November, pukul 8 pagi.

    JDBM seterusnya mempersilakan penduduk kampung berkenaan untuk hadir mengundi pada majlis berkenaan pada tarikh, masa dan tempat yang dinyatakan.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Parlimen Korea S luluskan siasatan baharu insiden kematian Marin

    SEOUL, 2 MEI - Parlimen Korea Selatan hari ini meluluskan rang undang-undang untuk mengadakan siasatan baharu ke atas kematian orang ramai semasa Halloween 2022...