Tuesday, May 7, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Jota terlepas peluang bermain di Piala Dunia

    LONDON, 18 OKT – Pemain Portugal, Diogo Jota bakal terlepas peluang untuk bermain di dalam Piala Dunia selepas mengalami kecederaan serius, kata jurulatih Liverpool, Jurgen Klopp hari ini.

    Pemain itu diusung keluar pada minit akhir perlawanan ketika Liverpool menang 1-0 menentang Manchester City, Ahad lalu.

    “Tiada berita baik mengenai Diogo – ya, dia akan terlepas Piala Dunia,” kata Klopp di dalam satu sidang media menjelang pertemuan dengan West Ham pada awal pagi Khamis ini.

    “Kecederaan di betisnya agak serius dan sekarang proses pemulihan bermula.

    “Ini satu berita yang teramat sedih untuknya, untuk kami dan juga sudah semestinya untuk Portugal.” – AFP

    Diogo Jota (kanan), disahkan tidak dapat beraksi di dalam Piala Dunia 2022 akibat kecederaan betis yang dialaminya. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Tapak deinonychosaur terbesar di dunia ditemui di Fujian, China

    BEIJING, 6 MEI - Para saintis telah menemui tapak kaki dua jari yang besar di Pekan Lincheng, Wilayah Fujian, timur China, yang merupakan milik...