Friday, May 3, 2024
24 C
Brunei

    -

    Unimas tubuh makmal pertanian di pedalaman S’wak

    KOTA SAMARAHAN, 27 JUN – Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) ditugaskan untuk menubuhkan makmal di kawasan pedalaman di negeri ini bagi memperkenalkan pertanian moden dan komersial kepada penduduk di sana.

    Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata pendedahan masyarakat petani luar bandar dengan teknologi moden boleh menarik generasi muda masyarakat itu untuk melihat pertanian sebagai perniagaan dan bukannya kerjaya kelas rendah.

    Beliau berkata Unimas bersama institusi tempatan dan agensi kerajaan yang lain mempunyai input untuk menyediakan teknologi baharu kepada golongan itu tetapi tugas yang lebih besar adalah mengubah persepsi khususnya dalam kalangan orang muda terhadap pertanian.

    “Ia hanya untuk meyakinkan petani, meyakinkan anak-anak mereka untuk menceburi bidang pertanian sebagai entiti perniagaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvokesyen Komemoratif Unimas di sini hari ini.

    Beliau berkata kerajaan Sarawak sedang berusaha menjadikan negeri itu sebagai pengeksport bersih produk makanan menjelang 2030 dan telah mewujudkan taman agro di beberapa tempat sebagai strategi untuk mencapai objektif ini.

    Abang Johari berkata sasaran ini memerlukan kerajaan negeri merancang lebih banyak infrastruktur asas dan digital untuk menggalakkan lebih banyak pertanian hiliran diwujudkan.

    Beliau berkata Sarawak juga boleh menggunakan tanahnya yang luas untuk menarik pelabur luar negara yang menghadapi kekurangan tempat untuk menjalankan usaha pertanian untuk datang ke negeri ini. – Bernama

    Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed melawat ruang pameran Petronas sempena penutupan persidangan Oil and Gas Services and Equipment (OGSE) di Pusat Konvesyen Borneo Kuching, baru-baru ini. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Parlimen Korea S luluskan siasatan baharu insiden kematian Marin

    SEOUL, 2 MEI - Parlimen Korea Selatan hari ini meluluskan rang undang-undang untuk mengadakan siasatan baharu ke atas kematian orang ramai semasa Halloween 2022...