Sunday, May 5, 2024
22.5 C
Brunei

    -

    Upacara naikkan bendera sambut Hari Republik India ke-74

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JAN – Lebih 30 orang warga India menghadiri upacara menaikkan bendera bagi meraikan Hari Republik India ke-74 di Suruhanjaya Tinggi India
    di Brunei Darussalam, Kampung Sungai Akar, hari ini.

    Pada majlis itu, Pesuruhjaya Tinggi India ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Alok Amitabh Dimri menyempurnakan upacara menaikkan bendera negara diikuti dengan nyanyian lagu kebangsaan.

    Sejurus itu, Tuan Yang Terutama membacakan teks ucapan daripada Presiden Republik India, Puan Yang Terutama Droupadi Murmu yang antara lain menyentuh mengenai teknologi yang telah mengubah kehidupan di mana Misi Digital India sedang berusaha untuk menjadikan teknologi maklumat dan komunikasi inklusif dengan merapatkan jurang luar bandar.

    “Untuk itu, lebih ramai orang di tempat yang jauh mendapat manfaat daripada Internet dan menerima pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan, apabila infrastruktur berkembang,” tambahnya.

    TYT Pesuruhjaya Tinggi Republik India menyempurnakan upacara menaikkan bendera.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...