ISLAMABAD, 3 NOV – Virus polio dikesan dalam sampel alam sekitar di Karachi, ibu kota wilayah Sindh di selatan Pakistan, lapor Xinhua memetik kenyataan Jabatan Kesihatan wilayah.
Virus itu secara genetiknya dikaitkan dengan kelompok virus polio yang pada asalnya ditemui di Afghanistan, kata jabatan itu dalam satu kenyataan kelmarin.
Sejak awal tahun ini, kira-kira 20 sampel seumpama itu ditemui di wilayah Punjab di timur dan Khyber Pakhtunkhwa di barat laut selain Karachi, dengan kerajaan telah mengambil langkah ketat memastikan kanak-kanak di vaksin. – Bernama