Tuesday, September 17, 2024
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wajah suami Sharifah Zarina pucat selepas makan durian

    Kegembiraan bercuti bersama keluarga bertukar tragedi apabila suami penyanyi Malaysia, Sharifah Zarina terpaksa dikejarkan ke sebuah hospital di Pulau Pinang selepas menikmati buah durian pada Ahad lalu.

    Zarina atau Sharifah Zarina Wan Hassan, 42, berkata, dia mula sedar ada sesuatu tidak kena selepas suaminya, Buswani Abdillah mengerang kesakitan selain wajahnya bertukar pucat selepas makan buah berkenaan.

    Bagaimanapun dia lega apabila doktor memberitahu punca keadaan suaminya itu disebabkan gas durian berlebihan di dalam perut.

    “Kami makan durian di sebuah ladang di Pulau Pinang. Suami saya mengadu sakit perut sampai keluar masuk tandas.

    “Saya mula risau tengok dia mengerang kesakitan sambil tunduk dan tidak bergerak dengan muka pucat. Jadi saya terus bawa dia ke hospital berdekatan.

    “Rupanya doktor beritahu punca dia sakit perut sebab gas durian yang berlebihan dalam perut,” katanya ketika dihubungi mStar pada Isnin.

    Zarina sebelum itu berkongsi video di Instagram miliknya menunjukkan dia sedang menemani suaminya yang sedang terbaring di katil hospital.

    Berkongsi mengenai keadaan terkini suami, Zarina berkata Buswani semakin pulih selepas mendapatkan rawatan.

    Malah mereka sekeluarga juga sudah pulang ke Kuala Lumpur selepas tiga jam suaminya dirawat di hospital. – Agensi

    Zarina bersyukur keadaan suaminya semakin pulih selepas rawatan. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda