Saturday, May 4, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Wang-Yi harap kerjasama taraf tinggi China-Kemboja

    PHNOM PENH, 23 APRIL – Pengarah Pejabat Suruhanjaya Hal Ehwal Luar Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Wang Yi menyeru agar sinergi dibentuk untuk membina komuniti berkongsi nasib China-Kemboja bertaraf tinggi pada era baharu.

    Wang yang juga ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC membuat kenyataan itu ketika mempengerusikan Mesyuarat ke-7 Jawatankuasa Penyelaras Antara Kerajaan China-Kemboja bersama Timbalan Perdana Menteri Kemboja Sun Chanthol di sini, kelmarin.

    Beliau berkata pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama negara sentiasa berada di barisan hadapan sezaman dan telah menjadi model untuk membina hubungan antarabangsa jenis baharu.

    Beliau berharap kedua-dua pihak memberi konotasi baharu kepada kerangka kerjasama ‘intan enam sisi’, selain terus mempergiat usaha membina ‘Koridor Pembangunan Perindustrian’ dan ‘Koridor Ikan dan Beras’.

    Sementara itu, Sun Chanthol berkata pelaburan China di Kemboja terus meningkat dan nilai dagangan kedua-dua negara semakin bertambah, membuktikan kerjasama segenap bidang berhasil.

    Kerjasama berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan serta Inisiatif Pembangunan Global menggalakkan pembangunan sosioekonomi Kemboja, kata beliau sambil menambah bahawa pihaknya komited memantapkan jalinan muhibah dengan China dan memperdalam kerjasama saling untung demi kesejahteraan rakyat.

    Antara persetujuan lain yang dicapai adalah merapatkan lagi pertukaran lawatan peringkat tinggi, terus berkongsi pengalaman dalam tadbir urus negara, mempertingkat kerjasama pertahanan dan bersama membanteras jenayah rentas sempadan.- Bernama

    Caption : Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet (kanan) berjabat tangan dengan Menteri Luar China, Wang Yi semasa pertemuan di Istana Keamanan di Phnom Penh pada 22 April 2024.- AFP

    Perdana Menteri Kemboja Hun Manet (kanan) berjabat tangan dengan Menteri Luar China Wang Yi semasa pertemuan di Istana Keamanan di Phnom Penh pada 22 April. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...