Saturday, May 4, 2024
26.4 C
Brunei

    -

    Honda bakal bina loji EV utama di Kanada

    MONTREAL, 23 APRIL – Syarikat kereta gergasi Jepun Honda akan membuka kilang kenderaan elektrik di timur Kanada, sumber kerajaan Kanada yang biasa dengan projek berbilion dolar itu memberitahu AFP, kelmarin.

    Kerajaan persekutuan serta wilayah Ontario, tempat kilang itu akan dibina, kedua-duanya akan menyediakan beberapa insentif kewangan untuk perjanjian itu, menurut sumber itu, yang tidak mahu namanya disiarkan.

    Pengumuman rasmi akan dibuat pada Khamis, walaupun perdana menteri Ontario, Doug Ford, memberi bayangan kelmarin.

    “Minggu ini, kami telah memperoleh perjanjian baharu. Ia akan menjadi perjanjian terbesar dalam sejarah Kanada. Ia akan menjadi dua kali ganda saiz Volkswagen,” katanya merujuk kepada kilang bateri yang diumumkan tahun lepas, yang mana pengeluar kereta Jerman itu menjanjikan AS$5 bilion dalam pelaburan.

    Beberapa tahun kebelakangan ini, Kanada merupakan sebagai destinasi menarik untuk pelaburan kenderaan elektrik (EV), menggembar-gemburkan insentif cukai, akses tenaga boleh diperbaharui dan deposit mineral yang jarang ditemui.

    Kilang Honda, yang akan dibina sejam di luar Toronto, di Alliston, juga akan mengeluarkan bateri kenderaan elektrik, menyertai loji bateri Volkswagen dan Stellantis yang sedia ada.

    Pada bulan Januari, apabila berita mengenai perjanjian itu mula tersebar di akhbar Jepun, akhbar Nikkei menganggarkan ia bernilai $14 bilion, angka yang disokong oleh pegawai Kanada baru-baru ini.

    Dalam belanjawan persekutuan yang diumumkan minggu lalu, kerajaan Perdana Menteri Justin Trudeau memperkenalkan kredit cukai perniagaan baharu, memberikan syarikat rebet 10 peratus ke atas kos pembinaan untuk bangunan baharu yang digunakan dalam segmen utama rantaian bekalan kenderaan elektrik.

    Strategi Kanada mengikuti strategi negara jiran Amerika Syarikat, yang Akta Pengurangan Inflasinya telah menyediakan pelbagai insentif untuk industri hijau.

    Honda berharap untuk menjual hanya kenderaan sifar pelepasan menjelang 2040, dengan matlamat untuk menjadi neutral karbon dalam operasinya sendiri menjelang 2050. – AFP

    Logo Honda Motor Co. terpapar di Yokohama, berjampiran Tokyo pada 15 Disember 2021. – AFP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...