Tuesday, September 17, 2024
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warga emas China meninggal dunia selepas cabut 23 gigi

    ZHEJIANG, 9 SEPT – Pihak berkuasa China sedang menyiasat kes seorang lelaki warga emas yang meninggal dunia 13 hari selepas mencabut 23 gigi dan menanam 12 implan pada hari yang sama di sebuah klinik pergigian.

    Cik Shu, seorang penduduk Kota Yongkang, di Wilayah Zhejiang China, baru-baru ini memfailkan aduan dengan Biro Kesihatan Perbandaran terhadap sebuah klinik pergigian tempatan selepas kematian bapanya.

    Menurut laporan daripada laman web Oddity Central, wanita itu mengemukakan bukti bahawa bapanya telah mencabut 23 gigi dan menanam 12 gigi baharu dalam satu sesi, yang didakwanya menyebabkan kematian tidak dijangka 13 hari kemudian.

    Cik Shu memberitahu pihak berkuasa bahawa bapanya mengalami kesakitan yang dahsyat sepanjang 13 hari terakhir hidupnya, sebelum mengalami serangan jantung yang membawa maut pada 28 Ogos. Kini wanita itu mahu mereka yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.

    Menurut borang persetujuan pesakit, bapa Cik Shu terbukti telah mencabut 23 gigi aslinya sebelum 12 lubang digerudi ke dalam tengkorak dan rahangnya untuk menanam gigi baharu.

    Semua ini dilakukan dalam satu hari, yang bermakna dia terpaksa menanggung kesakitan yang tidak dapat dibayangkan selepas kesan bius hilang. – Agensi

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda