Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warga India rancang bunuh aktivis Sikh diekstradisi ke AS

    NEW DELHI, 17 JUN – Seorang warganegara India yang dituduh berkomplot merancang pembunuhan seorang aktivis Sikh yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) telah diekstradisi dari Republik Czech ke AS.

    Jabatan Kehakiman AS mendakwa Nikhil Gupta, 52, terlibat dalam rancangan membunuh Gurpatwant Singh Pannun, seorang pemimpin pemisah Sikh terkemuka namun gagal.
    Pannun dianggap sebagai pengganas oleh kerajaan India.

    Republik Czech memberkas Gupta di lapangan terbang Prague pada Jun tahun lepas atas permintaan kerajaan Amerika.

    Menurut laporan Washington Post, Gupta kini ditahan di Brooklyn berdasarkan maklumat yang dikeluarkan laman sesawang Lembaga Penjara.

    Mahkamah Perlembagaan Czech baru-baru ini menolak petisyen oleh Gupta terhadap ekstradisinya. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda