Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wembanyama sedia wakili Perancis di Olimpik

    PARIS, 24 JULAI – Bintang bola keranjang Perancis, Victor Wembanyama, berkata dia masih bergelut untuk merealisasikan impian ketika dia bersedia untuk mewakili negara tuan rumah di Sukan Olimpik Paris.

    Pemain terkemuka San Antonio Spurs, pilihan nombor satu dalam draf NBA tahun lalu, berkata dia menuju ke pertandingan antarabangsa pertamanya ‘sama seperti pengalaman sukan lain tetapi dengan permintaan lebih tinggi’.

    “Terdapat banyak keterujaan. Sukar untuk mempercayai ia Sukan Olimpik sebenar,” kata Wembanyama kepada pemberita dalam panggilan video dari pangkalan latihan pasukan Perancis di Wattignies, di mana mereka akan menginap di sana semasa peringkat kumpulan di Lille.

    Perancis, yang memenangi perak di Sukan Olimpik Tokyo tiga tahun lalu, memulakan kempen mereka Sabtu ini menentang Brazil.

    Pasukan itu telah mengalami empat kekalahan berturut-turut, iaitu kepada Jerman, Serbia, Kanada dan Australia, tetapi Wembanyama berkata ia tidak menjejaskan keyakinan pasukan.

    “Adalah lebih baik untuk meletakkan diri dalam kedudukan yang sukar untuk bersedia nanti. Saya fikir kami berada pada tempat yang betul,” kata pemain berusia 20 tahun itu, yang digelar Pemain Baharu Terbaik NBA tahun ini.

    Pemain tengah itu mencatatkan purata 21.4 mata dan 10.6 rebound setiap perlawanan pada musim sulungnya. – AFP

    Gambar bertarikh 25 Oktober 2023 menunjukkan Wembanyama semasa menentang Dallas Mavericks pada separuh masa kedua permainan bola keranjang NBA di San Antonio. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda