Saturday, September 14, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    WHO lancar pelan strategik global bendung wabak mpox

    GENEVA, 27 OGOS – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kelmarin melancarkan usaha global untuk menangani penularan mpox daripada manusia kepada manusia.

    Pelan Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Strategik akan bermula dari September 2024 hingga Februari 2025, memerlukan pembiayaan sebanyak AS$135 juta. 

    Dengan menyelaraskan usaha global, serantau dan nasional, pelan itu bertujuan untuk meningkatkan strategi pengawasan dan tindak balas, memastikan akses saksama kepada diagnostik dan vaksin, mengurangkan penularan haiwan ke manusia, serta memperkasakan komuniti dalam mengawal wabak, lapor Xinhua.

    Pelan vaksinasi itu menyasarkan golongan paling berisiko seperti kontak rapat kes dan pekerja kesihatan untuk memutuskan rantaian penularan. Selain itu, pelan berkenaan akan memberi tumpuan kepada kepimpinan dan bimbingan strategik, serta memastikan akses kepada rawatan perubatan bagi kumpulan paling berisiko di negara terjejas.

    “Wabak mpox di Republik Demokratik Congo dan negara jiran boleh dikawal dan boleh dihentikan,” kata Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus.

    Menurut kenyataan WHO, rayuan pembiayaan akan dilancarkan tidak lama lagi. – Bernama

    Pegawai Palang Merah mewujudkan kesedaran mengenai mpox di kem pelarian Don Bosco di Goma, Republik Demokratik Congo 22 Ogos. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda