Friday, September 13, 2024
22.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Xhaka mahu Leverkusen terus cipta kejayaan

    JERMAN, 21 OGOS – Pemain utama Bayer Leverkusen, Granit Xhaka menyeru rakan sepasukannya untuk mencabar kejuaraan Bundesliga sekali lagi menjelang kempen baharu selepas kejayaan mengejutkan musim lalu.

    Kehadiran Xhaka dari Arsenal, naib juara Liga Perdana Inggeris pada awal musim lalu, telah menimbulkan tanda tanya, memandangkan Leverkusen menamatkan musim sebelumnya di tempat kelima dan dengan jurulatih baharu, Xabi Alonso yang sedang bersiap sedia untuk musim penuh pertamanya sebagai ketua jurulatih pasukan utama.

    Tetapi kelab yang tidak pernah memenangi Bundesliga sebelum ini berjaya melakukannya tanpa kalah, sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pasukan Jerman, malah Bayern Munich serta menambah Piala Jerman dan hanya tewas satu daripada 53 perlawanan dalam semua pertandingan.

    Bercakap dengan AFP di kem latihan pra-musim kelab di perkampungan yang indah di Donaueschingen, di mana tempat pasukan Sepanyol memenangi Euro 2024, Xhaka berkata musim lalu hanyalah permulaan.

    “Kami tahu ramai berharap untuk mengalahkan kami, mereka akan mencuba dan mereka akan melakukan segala-galanya,” katanya.

    “Tetapi kami masih mempunyai keinginan untuk berada di tempat yang sama seperti musim lalu,” tambahnya.

    Selepas 18 bulan terbaik dalam kerjayanya, pemain berusia 31 tahun itu berkata kritikan semasa waktunya di Arsenal menjadi pendorong baginya.

    Xhaka menyertai Arsenal dari Borussia Moenchengladbach pada 2016. – AFP

    Reaksi pemain Leverkusen selepas menjaringkan gol semasa perlawanan bola sepak Piala Super Jerman di Leverkusen, barat Jerman pada 17 Ogos. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda