Saturday, March 15, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    25 maut dalam kebakaran gudang

    SEOUL, 29 APRIL – Kebakaran di sebuah gudang di Korea Selatan telah mengorbankan 25 orang hari ini, dengan ‘semua sumber penting’ telah dikerahkan untuk menyelamatkan mereka yang masih terperangkap di dalamnya.

    Kebakaran di bangunan empat tingkat yang belum siap dibina di Incheon, timur Seoul itu mengorbankan 25 manakala tujuh lagi cedera, lapor agensi berita Yonhap Korea Selatan.

    Pegawai jabatan bomba dipetik sebagai berkata kebakaran merebak dengan ‘pantas’, menyebabkan orang yang terperangkap di dalam ‘tidak dapat dialihkan’.

    Kebakaran itu dilaporkan bermula daripada letupan semasa kerja-kerja pembinaan melibatkan uretana mudah terbakar yang digunakan untuk penebatan di lantai aras bawah. – AFP

    Asap berkepul-kepul dari tapak pembinaan di Icheon, Korea Selatan pada 29 April 2020 yang mengorbankan puluhan pekerja. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda