Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    27 maut, bas terbabas dari lebuh raya di Nepal

    KATHMANDU, NEPAL, 23 OGOS – Sekurang-kurangnya 27 orang terbunuh dan 16 lagi cedera apabila bas yang membawa berpuluh-puluh warga India terbabas dari lebuh raya utama dan terhempas di Nepal hari ini, kata pegawai-pegawai.

    Bas itu terbabas dari Lebuhraya Prithvi dan bergolek ke sungai yang mengalir deras.

    Bumbungnya tercabut sebelum berhenti di tebing berbatu tidak jauh dari air keruh sungai Marsyangdi yang mengalir deras.

    Pekerja penyelamat menemui 27 mayat daripada bangkai bas dan menerbangkan 16 yang cedera ke ibu kota Kathmandu untuk rawatan, menurut jurucakap Pasukan Polis Tentera, Shailendra Thapa.

    Bangkai bas itu ditemui berhampiran Abukhaireni, sebuah bandar terletak kira-kira 120 kilometer di barat ibu negara, Kathmandu dan sungai itu. Ia hanya akan dipindahkan esok kerana hari sudah gelap dan pemulihan adalah sukar, kata Thapa.

    Terdapat 43 orang di dalam bas itu dan kesemua mereka adalah warga India, menurut Kedutaan India di Kathmandu.

    Kedutaan itu juga berkata bas itu jatuh kira-kira 150 meter dari lebuh raya, dan mereka sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk menjalankan operasi bantuan dan menyelamat.

    Bas dari bandar Gorakhpur di India itu sedang menuju ke Kathmandu dari bandar peranginan Pokhara hari ini apabila ia terbabas dari lebuh raya di tengah-tengah perjalanan. – AP

    Gambar yang disediakan oleh Pasukan Polis Bersenjata Nepal (APF) menunjukkan anggota APF menjalankan operasi menyelamat selepas bas terjatuh ke sungai berhampiran bandar Abukhaireni, kira-kira 75 batu di barat ibu negara, Kathmandu, Nepal, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda