Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    282 guru sertai Simposium Matematik

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 JULAI – Seramai 282 peserta yang terdiri daripada guru matematik dari semua sekolah rendah kerajaan telah menghadiri Simposium Matematik Kali Pertama di Dewan Musyawarah, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, hari ini.

    Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan, simposium itu telah dirasmikan oleh Pengarah Pengurusan Pendidik, Kementerian Pendidikan, Dayang Masdiah binti Haji Tuah selaku tetamu kehormat.

    Turut hadir ialah ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan dan ketua-ketua kluster dari Kementerian Pendidikan.

    Simposium anjuran Unit Tenaga Pengajar, Akademi Kepimpinan dan Guru Brunei Darussalam (BDLTA), Jabatan Pengurusan Pendidik, menyaksikan pembentangan ucaptama bertajuk, Igniting Mathematical Minds through STEAM yang di-sampaikan oleh Penolong Profesor, Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah (SHBIE), Universiti Brunei Darussalam (UBD), Dr Nor Azura binti Haji Abdullah.

    Beliau menekankan potensi kompetensi pemodelan matematik dan pemikiran reka bentuk untuk meningkatkan minda matematik melalui STEAM dengan menjadikannya lebih relevan dengan isu-isu dunia nyata.

    Dr Nor Azura semasa menyampaikan bengkel. – GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN
    Antara guru yang hadir semasa simposium berkenaan. – GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN

    Dengan membawa tema, Mathematics Renaissance: Inspiring Minds, Building Future-Ready Learners, simposium itu mempamerkan strategi pengajaran inovatif dan amalan terbaik yang memperkasakan guru matematik sekolah rendah untuk melaksanakan metodologi dinamik dan efektif dalam bilik darjah, memupuk persekitaran pembelajaran yang menarik dan memperkaya bagi pelajar.

    Di samping itu, ia juga bertujuan untuk menyediakan platform bagi guru matematik sekolah rendah dalam menggalakkan kolaborasi dan meningkatkan peluang rangkaian, membolehkan perkongsian pandangan, pengalaman dan strategi yang mempromosikan kejayaan pelajar dan kecekapan dalam matematik.

    Sesi pagi diakhiri dengan bengkel bertajuk, AI-Enhanced Mathematical Instructions: Strategies for Educators, yang dikendalikan oleh Fasilitator Utama dari Unit Tenaga Pengajar, BDLTA, Jabatan Pengurusan Pendidik, Kementerian Pendidikan, Hajah Nor Irniwati binti Haji Ismail.

    Sesi petang pula diteruskan dengan bengkel oleh Dr Nor Azura bertajuk, Igniting Mathematical Minds through STEAM: Hands-on Activities, yang mempersiapkan guru matematik sekolah rendah dengan alat dan strategi yang diperlukan untuk melaksanakan pengetahuan dan kemahiran matematik ke dalam aplikasi praktikal STEAM.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda