Saturday, May 4, 2024
27.4 C
Brunei

    -

    4 maut dalam serangan nekad

    MIRAN SHAH, PAKISTAN, 25 MEI – Seorang penyerang nekad menyasarkan pondok pemeriksaan keselamatan di barat laut Pakistan kelmarin, mengorbankan dua anggota tentera, seorang anggota polis dan seorang awam, menurut pegawai keselamatan.

    Serangan itu merupakan yang kedua di Pakistan dalam tempoh beberapa hari.

    Pengeboman berlaku di Utara Waziristan, sebuah daerah di wilayah Khyber Pakhtunkhwa yang bersempadan dengan Afghanistan dan bekas kubu kuat kumpulan militan Taliban Pakistan, yang juga dikenali sebagai Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP).

    Seorang awam turut mengalami kecederaan dalam serangan itu, menurut Rehmat Khan, seorang pegawai polis tempatan.

    Tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab atas serangan itu tetapi disyaki didalangi oleh Taliban Pakistan.

    Dalam tempoh enam bulan, TTP meningkatkan serangan sejak perjanjian gencatan senjata dengan kerajaan Pakistan tamat.- AP

     Seorang pengawal keselamatan mengawal keadaan selepas serangan nekad.- AFP

     

     

     

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...