Saturday, May 4, 2024
27.4 C
Brunei

    -

    4 pasukan sertai APICTA

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 DIS – Empat pasukan akan mewakili Negara Brunei Darussalam dalam Anugerah Perikatan ICT Asia Pasifik (APICTA) 2022 yang akan diadakan di Islamabad, Republik Islam Pakistan pada 7 hingga 11 Disember.

    Wakil negara terdiri daripada pemenang, naib juara dan peserta Anugerah ICT Brunei (BICTA) 2022. Delegasi Brunei ke kejohanan berkenaan telah berlepas ke Republik Islam Pakistan, hari ini dan hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, Berakas, bagi mengucapkan selamat berlepas ialah pegawai-pegawai kanan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-Komunikasi Negara Brunei Darussalam (AITI) serta ahli-ahli InfoCom Federation Brunei (IFB). Kementerian Kesihatan dengan produk BruHealth dan TechSim oleh Rumine Corporation akan bertanding secara peribadi, manakala Sekolah Menengah Berakas dan Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (SUAMPRIPAHS) dengan produk masing-masing iaitu MidoriSAWI dan SignSpeak, akan mengambil bahagian secara maya dari Brunei Darussalam. Delegasi Brunei Darussalam ke APICTA 2022 diketuai oleh Pengurus Kanan AITI, Hajah Ismawati binti Haji Ismail sebagai ahli Jawatankuasa Eksekutif (ExCo) Brunei Darussalam di APICTA dan hakim dalam pertandingan APICTA tahun ini.

    Pengerusi IFB, Pengiran Sarimah binti Pengiran Haji Abdul Latiff selaku ahli ExCo Brunei Darussalam, juga akan menyertai acara tersebut sebagai hakim. Delegasi negara termasuk Dr Yong Chee Tuan dari Yi Ecomodern Solutions Sdn Bhd sebagai Hakim Penasihat APIC-TA dan tiga lagi hakim iaitu Dr Sophiana Chua Abdullah dari A Vision A Day Company, Pengiran Khairi Pengiran Haji Metussin dari Mindtrex Academy dan Reza Faizal Mohd Nor dari Folec Communications Sdn Bhd.

    Penyertaan Brunei dalam APICTA adalah inisiatif berterusan oleh Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, AITI dan IFB yang bertujuan untuk merangsang inovasi dan kreativiti dalam ICT, serta membangunkan sektor ICT negara dengan menggalakkan individu, pelajar dan ahli perniagaan untuk bersaing di peringkat antarabangsa.

    Antara wakil negara yang akan bertanding dalam APICTA 2022. – Gambar serahan AITI
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...