Saturday, May 4, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Kim Jong-un luah penghargaan kepada presiden Moon Jae-in

    SEOUL, 22 APRIL – Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un mengucapkan terima kasih kepada Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in yang bakal menamatkan penggalnya atas usahanya untuk memperbaiki hubungan antara Korea, menurut Pyongyang dan Seoul hari ini, dalam langkah yang tidak dijangka berikutan petunjuk bahawa negara itu mungkin menyambung semula ujian nuklearnya.

    Korea Utara melancarkan lebih belasan ujian senjata setakat tahun ini, yang terkini diadakan pada minggu lalu – pelancaran jarak dekat yang menurut media negara akan mengukuhkan “keefisienan dalam operasi taktikal nuklear.” Moon menganjurkan tiga sidang kemuncak bersama Kim dan membantu untuk memudahkan rundingan antara bekas presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan pemimpin dari Korea Utara itu.

    Tetapi rundingan nuklear antara Kim dan Trump berakhir dengan kegagalan pada 2019 disebabkan percanggahan pengurangan sekatan dan apa yang sanggup dilakukan oleh Korea Utara.

    Sejak itu, Pyongyang menggelar Moon sebagai ‘orang tengah yang suka bercakap’, meletupkan pejabat perhubungan bersama di sempadan utara yang dibiayai oleh Seoul, dan bulan lalu melancarkan ujian ICBM pada jarak penuh buat pertama kali sejak 2017. Tetapi hari ini agensi berita rasmi Pyongyang, KCNA berkata Kim dan Moon bersetuju bahawa hubungan antara Korea akan diperbaiki sekiranya kedua-dua pihak ‘membuat usaha berterusan,’ meskipun ‘keadaan sukar setakat ini’. – AFP

    Gambar fail Kim Jung-un dan Moon Jae-in berjabat tangan semasa pertemuan di Peace House pada 27 April 2018. Kim mengucapkan terima kasih kepada Moon yang bakal menamatkan penggal atas usahanya untuk memperbaiki hubungan antara Korea. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...