Saturday, May 18, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Raducanu tempah aksi suku akhir Stuttgart

    STUTTGART, JERMAN, 22 APRIL – Juara Terbuka Amerika Syarikat (AS), Emma Raducanu terpaksa bergelut dalam perlawanan pusingan kedua kelmarin untuk menetapkan perlawanan suku akhir menentang pemain nombor satu dunia, Iga Swiatek di kejohanan WTA Stuttgart.

    Raducanu, 19, menumpaskan pemain Jerman, Tamara Korpatsch, yang menduduki ranking dunia ke-118, pada set pertama perlawanan tersebut tetapi percubaan dua kali dipatahkan pada set kedua sebelum kembali tenang untuk mengesahkan kemenangan 6-0, 2-6, 6-2.

    Pemain remaja yang berada di ranking ke-12 tersebut berasa senang selepas mencatat mata penamat keduanya.

    Pada perlawanan suku akhir hari ini, dia boleh menjangkakan satu lagi pertarungan sengit menentang juara Terbuka Perancis 2020, Swiatek yang memenangi 20 perlawanan berturut-turut dalam jelajah WTA.

    “Dia berada dalam keadaan yang baik, ia akan menjadi perlawanan yang menarik,” kata Raducanu mengenai Swiatek.

    “Dia pemain nombor satu dunia, jadi tidak rasa sebarang tekanan dan tidak sabar berdepan dengannya,” tambahnya.

    Pada perlawanan lain, Paula Badosa dari Sepanyol akan menentang pemain Tunisia, Ons Jabeur, yang mara ke suku akhir kelima jelajah tersebut. – AFP

    Aksi Emma Raducanu membalas pukulan Tamara Korpatsch semasa perlawanan perseorangan WTA Stuttgart. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...