Thursday, May 2, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    9 lagi entiti termasuk dalam Alert List BDCB

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 JUN – Sembilan lagi individu, syarikat atau entiti telah dimasukkan ke dalam Alert List Brunei Darussalam Central Bank (BDCB) bagi Mei 2023.

    Dalam kenyataannya yang dikeluarkan di sini, hari ini, BDCB memaklumkan kepada orang ramai bahawa individu, syarikat atau entiti yang dimasukkan dalam senarai berkenaan ialah:

    1) Ajeed Sky (FB profile) (8689576),
    2) Asia Trader (7146790),
    3) Bd_reliableinvestment (IG profile),
    4) Binary Financial Brunei,
    5) Deals.bn (IG profile) (7334594),
    6) Elizabeth_ruxin_(IG profile),
    7) Family Tech Farm
    8) Pelaburan Syiling Terbaik / Pelaburan Syariah Brunei
    9) Smart City Brunei

    BDCB menerangkan bahawa Alert List adalah senarai individu, syarikat dan laman sesawang yang tidak diberi kebenaran atau kelulusan di bawah undang-undang dan peraturan-peraturan di bawah kawalan BDCB atau mana-mana aktiviti yang menimbulkan kecurigaan akan berlaku aktiviti yang menyalahi undang-undang.

    Senarai itu, adalah tanpa prejudis kepada sebarang penilaian lanjut oleh BDCB mengenai aktiviti-aktiviti syarikat berkenaan.

    BDCB juga menyatakan bahawa Alert List yang dikemaskinikan boleh didapati di laman sesawangnya.

    Ia juga menasihatkan orang ramai supaya hanya berurusan dengan institusi-institusi kewangan yang berlesen dan seterusnya, untuk berwaspada terhadap entiti atau individu tidak berlesen yang menjalankan atau menawarkan perkhidmatan kewangan terutamanya yang berunsurkan skim cepat kaya dan skim piramid.

    Antara perkhidmatan kewangan di bawah bidang kuasa BDCB adalah penukaran wang, pengiriman wang dan pinjaman wang.

    Orang ramai juga diingatkan bahawa perlindungan di bawah rangka kerja penyeliaan BDCB tidak dapat diberikan kepada sesiapa yang memilih untuk berurusan dengan entiti, syarikat atau individu yang tidak dilesenkan atau dikawal selia oleh BDCB.

    Orang ramai juga boleh melayari laman sesawang BDCB, www.bdcb.gov.bn atau Instagram BDCB @centralbank.brunei untuk maklumat lanjut mengenai bahaya entiti kewangan tidak berlesen serta cara-cara mengenal pasti penipuan kewangan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bangladesh catat suhu paling panas bulan April

    DHAKA, 1 MEI - Biro cuaca Bangladesh berkata hari ini bahawa bulan lalu merupakan bulan paling panas dalam rekod, dengan negara Asia Selatan dan...