Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anuar Zain puji Aina bertaraf superstar

    Penyanyi Anuar Zain tidak melatah biarpun dikecam warganet kerana memuji persembahan Aina Abdul bersama Orkestra Malaysia (MPO) yang disifatkan bertaraf superstar.

    Sebaliknya, Anuar memilih menjawab komen negatif dengan cara berhemah.

    Anuar dalam komen ditinggalkannya di satu akaun Instagram mengakui bangga dengan persembahan Aina di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) yang disifatkan hebat, minggu lalu.

    Kagum persembahan penyanyi lagu Sepi itu, Anuar, 54, yang berkesempatan menyaksikan persembahan penyanyi itu turut menggelar Aina ‘superstar’ di hatinya, tetapi komennya tidak dipersetujui seorang pengikut yang berpendapat Anuar terlalu beriya-iya memuji, sedangkan Aina baru memiliki satu album.

    Tidak berdiam diri, Anuar kembali membalas komen dengan mengatakan itu adalah pendapat peribadinya.

    “Maaf saudara, itu adalah pendapat peribadi saya. Ramai penyanyi yang hebat di negara kita. Aina adalah salah seorang daripadanya.

    “Marilah kita raikan kejayaan orang lain, anugerah yang Allah kurniakan kepada Aina yang membahagiakan ramai dengan karya dan bakat.

    “Tidak kisahlah walaupun satu lagu atau satu album atau tidak album. itu bukan pengukur untuk berjaya. Apa yang penting, Aina berjaya di mata peminat.

    “Ini hanyalah pendapat peribadi. Terima kasih atas pandangan saudara, saya hargai,” tulis penyanyi lagu Bila Resah itu.- Agensi

    Anuar Zain bangga dengan persembahan Aina Abdul sehingga menggelarkannya ‘superstar’.- Agensi

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda