Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Apartmen Karl Lagerfeld di Paris bakal dilelong

    PARIS, 6 MAC – Apartmen peribadi milik Karl Lagerfeld di Paris akan dilelong dengan harga anggaran AS$5.8 juta, kata notari yang bertanggungjawab ke atas penjualan itu kelmarin.

    Terletak di sebuah bangunan abad ke-17 di Quai Voltaire, apartmen tiga bilik itu mempunyai pemandangan yang menghadap ke Sungai Seine dan Muzium Louvre.

    Ia akan dilelong di Dewan Perniagaan dan Industri Paris pada 26 Mac.

    Apartmen seluas 260 meter persegi itu mempunyai bilik persalinan seluas 50 meter persegi dan telah diubah suai sepenuhnya oleh Lagerfeld ‘dalam gaya futuristik dengan lantai konkrit dan kaca bagas pasir,” kata notari, Thomas Jousselin, kepada AFP.

    Lagerfeld, dengan ciptaan dan pertunjukan fesyennya yang menakjubkan untuk Chanel, Fendi dan jenamanya sendiri, telah memberi kesan mendalam terhadap dunia fesyen, tinggal di sana selama kira-kira 10 tahun sehingga kematiannya pada 2019, kata notari itu. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda