Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Artis veteran sudah tiada tempat – Abon

    Pernah menyuarakan pandangan mengenai layanan diterima artis veteran, pelawak dan pelakon Malaysia Abon memberitahu sehingga kini dia masih belum menerima tawaran lakonan.

    Memetik dari mStar, melihat itu masih berterusan, Abon atau Sharizan Ahmad, 63, akhirnya membuat keputusan nekad untuk cuci tangan daripada meneruskan kerjaya sebagai penghibur.

    “Kita sudah menyepi kalau dalam bahasa halusnya saya sudah cuci tangan, dalam industri ni tempat untuk artis veteran dah makin menyepi dan tersisih jadi saya undur la diri.

    “Bagi la peluang kepada bakat baharu pula kerana mereka mahukan yang ramai pengikut di media sosial, bukan saya saja malah ramai lagi artis dibawah Yayasan Aris Veteran Malaysia sebanyak 80 orang pun yang senasib.

    “Kalau ada acara kecil saya datang la memeriahkan acara dan untuk menghabiskan sisa baki hidup ni,” kata Abon kepada mStar.

    Abon membuat keputusan nekad untuk cuci tangan daripada meneruskan kerjaya sebagai penghibur. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda