Friday, November 1, 2024
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS hantar senjata bernilai AS$1 bilion kepada Israel

    WASHINGTON, 15 MEI – Pentadbiran Biden telah memberitahu penggubal undang-undang bahawa mereka akan menghantar senjata dan peluru tambahan bernilai lebih AS$1 bilion kepada Israel, kata tiga pembantu kongres hari ini. Tetapi tidak diketahui dengan segera berapa lama senjata itu akan dihantar.

    Ia merupakan penghantaran senjata pertama ke Israel yang didedahkan sejak pentadbiran itu menangguhkan satu lagi penghantaran senjata pada bulan ini.

    Penghantaran senjata itu terdiri daripada 3,500 bom sehingga 2,000 paun setiap satu.

    Pentadbiran Biden, yang menyatakan kebimbangan terhadap korban awam di Gaza, berkata bahawa mereka telah menghentikan penghantaran bom untuk menghalang Israel daripada menggunakan amunisi tertentu dalam serangannya di bandar Rafah yang sesak di selatan Gaza.

    Pakej yang didedahkan hari ini termasuk kira-kira AS$700 juta untuk peluru kereta kebal, AS$500 juta untuk kenderaan taktikal dan AS$60 juta untuk peluru mortar, kata pembantu kongres. Mereka bercakap dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan untuk membincangkan pemindahan senjata yang masih belum didedahkan kepada umum.

    Dua pembantu kongres berkata penghantaran itu bukan sebahagian daripada pakej bantuan asing yang telah lama tertangguh yang diluluskan oleh Kongres dan Presiden Joe Biden ditandatangani bulan lalu. Tidak diketahui sama ada penghantaran itu merupakan transaksi terkini daripada jualan senjata yang sedia ada atau sesuatu yang baharu.

    Pentadbiran Biden telah mendapat kritikan daripada pelbagai kumpulan politik berhubung sokongan ketenteraannya terhadap perang Israel yang kini menjangkau tujuh bulan menentang pejuang Hamas di Gaza pada masa Biden sedang berjuang untuk pemilihan semula menentang bekas Presiden Donald Trump.

    Beberapa rakan Demokrat Biden telah mendesaknya untuk mengehadkan penghantaran senjata kepada Israel sebagai tekanan terhadap sekutu AS agar melakukan lebih banyak untuk melindungi warga Palestin. Protes di kampus kolej di sekitar AS turut menyampaikan mesej pada musim bunga ini. – AP

    Tentera Israel memandu kereta kebal berhampiran sempadan dengan Semenanjung Gaza, di selatan Israel pada 5 Mei. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda