Thursday, July 4, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Ayu Ting Ting berpisah bukan sebab kewangan

    Penyanyi Ayu Ting Ting mengesahkan ikatan pertunangan bersama seorang tentera berpangkat Kolonel iaitu Muhammad Fardana sudah berakhir.

    Ayu atau Ayu Rosmalina, 32, memberitahu punca perpisahan mereka disebabkan sudah tiada persefahaman.

    Enggan menyebarkan aib sesiapa, Ayu menjelaskan cukup hanya keluarga terdekat sahaja yang mengetahui punca sebenar mereka mengambil keputusan memutuskan ikatan pertunangan.

    “Apa pun masalahnya, cukup saya, Allah, keluarga dan rakan-rakan sahaja yang tahu. Biarlah ia menjadi rahsia di antara kami,” katanya.

    Ayu mengulas perkara itu sebagai respon kepada adik kepada Fardana dikenali sebagai Dinar Salsa yang menyindir Ayu dan menyalahkan penyanyi berkenaan sebagai punca ikatan pertunangan mereka terlerai.

    Bagaimanapun, Ayu sebelum ini mengambil pendekatan mengunci mulut berhubung perkara tersebut.

    Ayu memberitahu dia dan Fardana membuat keputusan berpisah pada 22 Jun lalu sebelum memaklumkan perkara itu kepada keluarga masing-masing lima hari kemudian.

    Sementara itu, Ayu menegaskan keputusan membawa haluan masing-masing bukan berpunca daripada masalah kewangan dihadapi Fardana seperti kecoh diperkatakan.

    Ayu sebaliknya menjelaskan dia bukan seorang wanita bersifat materialistik atau memandang status seorang lelaki.

    “Kalau nak kata masalah ekonomi, saya tak rasa kami boleh sampai sini. Sejak awal saya boleh terima apa sahaja status bekas tunang, saya bukan jenis orang yang tengok harta benda,” katanya.

    Ayu dan Fardana mengikat tali pertunangan hanya selepas sebulan berkenalan.

    Untuk rekod, Ayu pernah mendirikan rumah tangga bersama Henry Baskoro Hendarso pada 4 Julai 2013 dan bercerai pada 1 April 2014.

    Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Bilqis Khumairah Razak pada 28 Disember 2013. – Agensi

    Ayu tetap mahu merahsiakan punca perpisahannya. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM China ajak kerjasama AI antarabangsa

    SHANGHAI, 4 JULAI- Perdana Menteri China, Li Qiang hari ini menyeru kerjasama global dan pemikiran yang lebih terbuka dalam kecerdasan buatan (AI), ketika persaingan...