Saturday, January 11, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Badan kebajikan UK desak pembebasan petugas kesihatan Palestin yang ditahan

    LONDON, 10 JAN – Badan kebajikan berpangkalan di United Kingdom (UK), Medical Aid for Palestinians (MAP) kelmarin menggesa kerajaan Britain mengambil tindakan segera untuk melindungi petugas kesihatan di Gaza, termasuk Pengarah Hospital, Kamal Adwan yang ditahan bulan lalu oleh Israel, lapor agensi Anadolu (AA).

    Dalam satu kenyataan, MAP menegaskan peningkatan serangan sistematik Israel yang menyasarkan sistem kesihatan dan kakitangan perubatan Gaza, dengan ‘menjadikan kelangsungan hidup rakyat Palestin mustahil.’

    “Kami di MAP amat bimbang akan keselamatan Dr Hussam Abu Safiya dan semua petugas kesihatan Palestin yang ditahan oleh tentera Israel,” kata Fikr Shalltoot, Pengarah MAP Gaza. Beliau berkata bahawa penahanan itu, bersama serangan sistematik ke atas hospital di utara Gaza menyebabkan puluhan ribu penduduk tidak mendapat akses kepada rawatan kesihatan dan memaksa mereka berpindah ke selatan.

    Pada 27 Disember lalu, tentera Israel menyerbu Hospital Kamal Adwan di utara Gaza dan membakar serta merosakkan bangunan-bangunan penting, menyebabkan hospital itu tidak lagi beroperasi. – Bernama

    Gambar Freepik

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda