Friday, May 3, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Bahagian badan ditemui terdampar di pantai

    MILWAUKEE SELATAN, 19 APRIL – Lebih banyak bahagian badan manusia, termasuk anggota tubuh, yang dipercayai milik seorang wanita yang hilang telah terdampar di pantai di sepanjang Tasik Michigan, kata pihak berkuasa, kelmarin.

    Badan dan lengan dipercayai milik Sade Robinson, berusia 19 tahun, ditemui kelmarin di sepanjang pantai terpencil didereti pokok di Milwaukee Selatan kira-kira 402 meter dari kompleks pangsapuri, Milwaukee County, kata Pejabat Syerif.

    Mayat ditemui oleh seseorang yang berjalan di pantai, kata pejabat itu dalam satu kenyataan.

    Maxwell Anderson, 33, dari Milwaukee telah didakwa terhadap pembunuhan sengaja tahap pertama dalam kes itu kerana telah mencacatkan mayat dan membakarnya.

    Mesej telefon yang meminta komen telah ditinggalkan kelmarin untuk salah seorang peguamnya, Anthony Cotton.

    Anderson, dari Milwaukee, telah ditangkap pada 4 April lalu, dua hari selepas kaki yang dipercayai milik Robinson ditemui oleh orang yang lalu-lalang di tebing Tasik Michigan di Cudahy, Taman Warnimont. Kaki itu telah terputus di bawah paras punggung.

    Robinson telah dilaporkan hilang pada 2 April oleh seorang rakan. Seorang pekerja bangunan tempat Robinson tinggal memberitahu polis bahawa Robinson teruja dengan janji temu yang telah dirancangnya pada 1 April lepas, menurut aduan.

    Video pengawasan dari sebuah restoran menunjukkan Robinson dan Anderson duduk bersama di bar pada petang 1 April. Keretanya yang terbakar ditemui pada keesokan harinya.

    Anderson ditahan dengan ikat jamin sebanyak AS$5 juta. Pemeriksaan awal akan dijadualkan Isnin. – AP

    Gambar fail bertarikh 12 April 2024 menunjukkanMaxwell Anderson dibawa masuk ke bilik mahkamah untuk pendakwaan pertamanya, di Milwaukee. – AP 
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Parlimen Korea S luluskan siasatan baharu insiden kematian Marin

    SEOUL, 2 MEI - Parlimen Korea Selatan hari ini meluluskan rang undang-undang untuk mengadakan siasatan baharu ke atas kematian orang ramai semasa Halloween 2022...