Friday, May 3, 2024
30.3 C
Brunei

    -

    Rawatan antipsikotik beri kesan sampingan

    PARIS, 19 APRIL – Beberapa rawatan antipsikotik yang diberikan kepada pesakit demensia telah dikaitkan dengan kesan sampingan yang serius termasuk kerosakan jantung, menurut satu kajian yang diterbitkan kelmarin.

    “Penggunaan antipsikotik terhadap orang yang mengalami demensia dikaitkan dengan… pelbagai kesan buruk yang serius termasuk strok, pembekuan darah, serangan jantung, kegagalan jantung, patah tulang, radang paru-paru dan kecederaan buah pinggang,” menurut kajian yang diterbitkan di Jurnal Perubatan British (BMJ).

    Para saintis mendapati bahawa risiko tertinggi berlaku apabila rawatan dimulakan, ‘menekankan keperluan untuk meningkatkan kewaspadaan pada peringkat awal rawatan.’

    Antipsikotik merangkumi risperidone, quetiapine, haloperidol dan olanzapine biasanya ditetapkan kepada pesakit yang mengalami gangguan psikotik seperti skizofrenia.

    Ia juga digunakan untuk merawat kemurungan yang kalis terhadap ubat lain, serta untuk merawat pesakit yang mengalami demensia, seperti penyakit Alzheimer.

    Antipsikotik tidak menyembuhkan penyakit tersebut tetapi bertujuan untuk menenangkan gejala tertentu seperti tingkah laku agresif.

    Rawatan itu menimbulkan kontroversi kerana kesan sampingan yang serius dan keberkesanannya yang terhad.

    Di Perancis, termasuk United Kingdom di mana kajian BMJ dijalankan, hanya risperidone dan haloperidol dibenarkan untuk merawat gejala demensia.

    Walau bagaimanapun, BMJ menyatakan bahawa kajian itu berdasarkan ‘pemerhatian’ dan tiada ‘kesimpulan yang kukuh boleh dibuat tentang sebab dan akibat.’ – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Lebih 57,000 ayam ditakai di Jepun akibat wabak selesema burung

    TOKYO, 2 MEI - Lebih daripada 57,000 ayam ditakai di Wilayah Chiba Jepun berikutan penularan virus avian influenza, yang merupakan wabak ke-11 musim ini,...