Saturday, May 4, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Bangunan pencakar langit Dubai terbakar

    DUBAI, EMIRIAH ARAB BERSATU, 7 NOV – Satu kebakaran meletus pada awal pagi ini di bangunan pencakar langit 35 tingkat di Dubai berhampiran dengan Burj Khalifa, bangunan tertinggi dunia.

    Masih tidak jelas sama ada terdapat kecederaan dalam kebakaran bangunan apartmen itu, yang telah dipadamkan pada masa wartawan Associated Press sampai ke lokasi tersebut.

    Kesan hangus hitam akibat kebakaran dapat dilihat pada bangunan yang membentuk sebahagian daripada beberapa menara bergelar 8 Boulevard Walk oleh Emaar, pemaju yang diiktiraf kerajaan di negara itu.

    Polis dan anggota pertahanan awam Dubai tidak mengesahkan kebakaran, begitu juga Emaar tidak membalas permintaan untuk memberikan komen dan Pejabat Media Dubai. Beberapa siri kebakaran di bangunan pencakar langit di Dubai dalam beberapa tahun ini telah membangkitkan semula persoalan mengenai keselamatan bahan yang digunakan dalam pembinaan.

    Sehari sebelum Tahun Baharu 2015, satu kebakaran meletus di Address Downtown, salah sebuah hotel dan kediaman paling mewah di Dubai berdekatan dengan Burj Khalifa. – AP

    Penyiasat memeriksa kerosakan di bangunan pencakar langit 8 Boulevard Walk di Dubai, Emiriah Arab Bersatu kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...