Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Kematian kanak-kanak akibat ubat sirap meningkat

    JAKARTA, 7 NOV – Indonesia hari ini melaporkan jumlah kematian kanak-kanak akibat kegagalan buah pinggang atau kerosakan yang dikaitkan dengan bahan berbahaya dalam ubat sirap kini meningkat kepada 195 orang.

    Indonesia menyaksikan peningkatan dalam kecederaan buah pinggang akut (AKI) sejak Ogos, mendorong siasatan dan seterusnya membawa kepada pengharaman penjualan semua jenis ubat cecair.

    Jurucakap Kementerian Kesihatan, Mohammad Syahril, pada satu sidang media, berkata lebih 320 kes AKI direkodkan di wilayah dan seluruh negara itu dengan 27 pesakit sedang dirawat di hospital

    Kebanyakan kanak-kanak yang terjejas itu di bawah usia lima tahun dan setakat 21 Oktober, 133 kematian direkodkan.

    Menurut Mohammad, hasil ujian mendapati kebanyakan kematian disebabkan oleh sirap yang mengandungi jumlah berlebihan ‘ethylene glycol’ dan ‘diethylene glycol’, dua sebatian yang digunakan dalam produk industri bagi mencegah pembekuan.

    Sehubungan itu, pihak berkuasa kesihatan mengimport penawar untuk AKI, dengan 246 botol diperoleh setakat ini, kebanyakannya disumbangkan oleh Singapura serta Australia dan ubat itu menunjukkan kesan positif yang ketara.

    Bulan lalu, agensi makanan dan ubat nasional Indonesia menamakan lima sirap yang mengandungi tahap bahan berbahaya dan mengarahkan produk itu dikeluarkan dari pasaran dan dimusnahkan.

    Sementara itu, polis turut menjalankan siasatan terhadap tiga syarikat farmaseutikal tempatan dan dua daripadanya kehilangan lesen untuk mengeluarkan ubat sirap buat sementara waktu. – AFP

    Seorang pekerja menunggu pelanggan di farmasi di Jakarta, Indonesia. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...