Sunday, May 5, 2024
23.1 C
Brunei

    -

    Banjir: Australia arah 200,000 berpindah

    WINDSOR, AUSTRALIA, 3 MAC – Perkhidmatan kecemasan Australia hari ini mengarahkan 200,000 orang berpindah dari laluan ribut kencang yang telah membunuh 13 orang dalam seminggu, yang mencatat rekod banjir pantai timur, namun bandar Sydney terselamat daripada banjir yang paling teruk.

    Pihak berkuasa mengeluarkan amaran hujan lebat dan angin kencang untuk kawasan pantai sepanjang 400 kilometer ketika paras air meningkat dengan cepat – termasuk di pinggir bandar sekitar Sydney, bandar terbesar di Australia dan didiami lima juta orang.

    Ribut mula bergerak ke arah selatan di sepanjang pantai timur dari Queensland ke New South Wales, mengakibatkan bencana apabila sungai dan takungan memecah tebingnya dengan air yang membanjiri rumah hingga ke bumbung.

    Sistem tekanan rendah terletak ratusan kilometer di luar pantai utara Sydney menakung hujan paling lebat di kawasan itu dan menyelamatkan bandar itu daripada hujan lebat yang menjadi kebimbangan, kata ahli meteorologi Ben Domensino dari Weatherzone.

    “Sydney terlepas daripada hujan paling lebat hari ini,” katanya kepada AFP, meramalkan bahawa ribut akan lemah menjelang esok.

    Empangan Warragamba di barat daya Sydney, yang membekalkan 80 peratus air di bandar itu, telah melimpah sejak awal pagi semalam.

    Ramalan kemuncak limpahan di empangan itu diturunkan hampir separuh semalam kerana hujan di kawasan tadahan empangan adalah kurang daripada yang diramalkan.

    Banjir besar dijangka melanda beberapa kawasan barat Sydney sepanjang sungai Hawkesbury dan Nepean – yang merentasi di seluruh sub bandar itu – kata seorang jurucakap wanita dari biro meteorologi New South Wales. – AFP

    Sukarelawan daripada pasukan SES menyelamat Ilama dari sebuah rumah ladang yang dibanjiri di barat Sydney pada 3 Mac. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...