Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bank ‘rahsia’ cuci wang haram kartel dadah Mexico

    LOS ANGELES, 19 JUN – Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) menuduh bank ‘rahsia’ atau institusi kewangan tidak sah China membantu kartel dadah Sinaloa Mexico mencuci lebih AS$50 juta hasil pengedaran dadah.

    Dakwaan yang dibongkar di California itu menyaksikan pendakwaan 24 defendan dengan konspirasi untuk mengedar kokain dan methamphetamine serta kesalahan pengubahan wang haram.

    Ketua Pentadbiran Penguatkuasaan Dadah (DEA), Anne Milgram, berkata siasatan bertahun-tahun yang digelar Operation Fortune Runner mendedahkan perkongsian antara sekutu kartel Sinaloa dan sindiket jenayah China yang beroperasi di Los Angeles serta China untuk mencuci wang dadah.

    Jabatan Kehakiman berkata institusi kewangan tidak sah China membantu kartel memindahkan keuntungan dadah dari AS ke Mexico.

    Menurut jabatan itu, rakyat China dilarang oleh undang-undang negara itu daripada memindahkan lebih daripada AS$50,000 setahun keluar dari China.

    Justeru, kata DOJ, beberapa individu yang ingin memindahkan lebih daripada jumlah itu mencari alternatif tidak rasmi untuk memindahkan dana terutama dolar AS yang mempunyai permintaan tinggi di China.

    “Pengedar dadah semakin banyak bekerjasama dengan institusi kewangan tidak sah China untuk mengambil kesempatan daripada permintaan besar dolar AS dalam kalangan warga China”. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda