Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Bayern Munich pasukan pilihan juarai Bundesliga’

    BERLIN, 23 OGOS – Jurulatih Bayer Leverkusen, Xabi Alonso kelmarin berkata Bayern Munich merupakan pasukan pilihan kejuaraan Bundesliga musim ini, walaupun pasukannya berjaya meraih gelaran liga dan piala pada musim lalu.

    “Bagi saya, Bayern merupakan pasukan pilihan, itu jelas,” kata Alonso pada sidang media menjelang perlawanan pembukaan musim Bundesliga di Borussia Moenchengladbach hari ini.

    “Matlamat kami adalah untuk kekal dalam kelompok empat teratas. Itu realistik, kami mempunyai skuad yang baik,” tambahnya.

    Leverkusen memenangi Bundesliga buat kali pertama dalam sejarah kelab, sekali gus menamatkan musim Bayern tanpa sebarang trofi sejak 2011-12 dan mengakhiri penguasaan selama 11 tahun di liga Jerman.

    Selain pelantikan jurulatih baharu, Vincent Kompany, Bayern juga mempunyai musim panas yang sibuk, membawa masuk Michael Olise dan Joao Palhinha dari Liga Perdana Inggeris dan Hiroki Ito dari Stuttgart.

    Leverkusen tidak pernah kalah dalam perlawanan di Jerman sejak Mei 2023.

    Musim lalu mereka menjadi pasukan pertama yang mengharungi kempen Bundesliga tanpa sebarang kekalahan, selain memenangi Piala Jerman serta mara ke perlawanan akhir Liga Europa.

    Leverkusen memulakan musim baharu hujung minggu lalu dengan menewaskan Stuttgart menerusi sepakan penalti dalam Piala Super Jerman selepas seri 2-2. – AFP

    Reaksi Xabi Alonso meraikan kemenangan bersama pasukannya setelah Leverkusen memenangi Bundesliga Jerman, di BayArena di Leverkusen, Jerman pada 18 Mei lalu. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda