Sunday, May 5, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Bekas duta UK ke Myanmar ditahan di Yangon

    YANGON, 25 OGOS – Pihak berkuasa Myanmar telah menahan bekas duta United Kingdom (UK) ke negara itu, satu sumber diplomatik menyatakan hari ini.

    Vicky Bowman yang berkhidmat sebagai duta dari tahun 2002 sehingga 2006 diberkas pada Selasa di hab komersial Yangon, sumber mengatakan, tanpa mahu mengenalkan dirinya. Seorang jurucakap bagi kedutaan UK mengatakan mereka ‘bimbang dengan penangkapan seorang wanita British di Myanmar,’ tanpa menyebut nama Bowman.

    “Kami sedang berhubung dengan pihak berkuasa dan sedang memberikan bantuan konsular,” kata mereka.

    Suami Bowman dan artis terkenal, Htein Lin juga diberkas, menurut sumber diplomatik itu. Media tempatan mengatakan pasangan itu dibawa ke penjara Insein di Yangon.

    Sumber yang mengetahui kes Bowman mengatakan pasangan itu diberkas kerana melanggar undang-undang imigresen.

    Setiap pertuduhan membawa hukuman penjara maksimum lima tahun. Seorang jurucakap junta tidak membalas ketika diminta mengulas mengenai perkara itu. – AP

    Gambar fail 2015 menunjukkan artis Htein Lin bergambar di hadapan studionya di Yangon. Bekas duta UK ke Myanmar dan suaminya serta Htein ditangkap dan dibawa ke penjara Insein di Yangon, menurut laporan media tempatan, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...