Saturday, May 18, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Barca hantar Umtiti ke Lecce secara pinjaman

    ROM, 25 OGOS – Pemain antarabangsa Perancis dan Barcelona, Samuel Umtiti telah dipinjamkan ke pasukan Serie A, Lecce selama semusim.

    Pemain pertahanan berusia 28 tahun itu akan menjalani ujian kesihatan hari ini di Lecce, pasukan yang menjuarai Serie B musim lalu.

    “Barcelona dan pasukan Serie A, Lecce, telah mencapai kata sepakat untuk meminjamkan pemain pertahanan Samuel Umtiti sehingga 30 Jun 2023,” menurut kenyataan yang dikeluarkan di laman sesawang Barcelona.

    “Namun terma perjanjian itu tidak termasuk pilihan untuk membeli pemain.”

    Akhbar sukan Sepanyol, Marca, melaporkan bahawa Lecce dan Barcelona akan berkongsi untuk membayar gaji pemain itu, tetapi Barca akan menerima bayaran bonus tertakluk kepada jumlah penampilan.

    Barcelona telah meminjamkan Samuel Umtiti ke Lecce secara pinjaman sehingga 30 Jun 2023.- AP

    Umtiti merupakan salah seorang daripada pemain Barcelona yang ingin dijual sebelum jendela perpindahan berakhir pada 1 September agar mereka dapat memenuhi siling bayaran gaji dan mendaftarkan pemain baharu mereka, Jules Kounde.

    Umtiti memainkan peranan penting semasa kejayaan Piala Dunia Perancis meskipun mengalami masalah lutut. Dia menjaringkan gol tunggal dalam kemenangan ke atas Belgium.

    Masalah kecederaan berulang telah menyebabkan dia semakin menjadi pemain lebihan di Barcelona dan musim lalu hanya bermain sekali iaitu pada Disember.

    Januari lalu, dia menjalani pembedahan akibat patah kaki dan enam tahun sejak menyertai kelab dari Lyon, Umtiti hanya bermain 133 kali untuk Barcelona, menjaringkan dua gol.

    Namun dia berjaya menjulang tujuh trofi termasuk dua gelaran La Liga dan tiga trofi Copa del Rey.

    Karier antarabangsanya turut terjejas. Kali terakhir dia membuat penampilan adalah semasa kekalahan 2-0 kepada Turkiye pada 2019.

    Lecce tewas dalam dua perlawanan pertama sejak kembali ke Serie A.- AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...