Sunday, May 5, 2024
29.6 C
Brunei

    -

    Bekas pengarah Louvre didakwa kes seludup seni

    PARIS, 26 MEI – Bekas presiden muzium Louvre di Paris telah didakwa kerana berkonspirasi dalam menyembunyikan asal harta warisan arkeologi Mesir yang para penyiasat syaki di-seludup keluar dari negara itu semasa pergolakan Kebangkitan Arab, kata sumber kehakiman Perancis hari ini.

    Jean-Luc Martinez (gambar-AFP) telah didakwa kelmarin selepas disoal siasat bersama dua warga Perancis yang pakar dalam seni Mesir, yang tidak didakwa, sumber rapat dengan siasatan itu memberitahu AFP.

    Kes itu dibuka pada Julai 2018, dua tahun selepas cawangan Louvre di Abu Dhabi membawa batu nisan granit berwarna merah jambu menggambarkan Firaun Tutankhamun dan empat lagi karya bersejarah bernilai AS$8.5 juta.

    Martinez, yang mengendalikan Paris Louvre dari 2013 hingga 2021, dituduh berpura-pura tidak mengetahui mengenai sijil palsu asal karya tersebut, satu penipuan yang dirasakan melibatkan beberapa pakar seni yang lain, menurut laporan kelmarin dalam akhbar minggu Canard Enchaine.

    Dia telah didakwa atas kesalahan bersubahat dalam penipuan dan ‘menyembunyikan asal karya yang diperolehi secara jenayah dengan memalsukan penandatangan,” menurut sumber kehakiman. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...