Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Bencana hak asasi manusia’ di projek minyak Uganda

    NAIROBI, 2 SEPT – Projek minyak besar-besaran di Uganda yang dimiliki bersama oleh kumpulan Perancis TotalEnergies dan China National Offshore Oil Corporation (CNOOC) telah dicemari dalam laporan keganasan seksual, pengusiran paksa dan kerosakan alam sekitar, kata aktivis iklim hari ini.

    Pelaburan AS$10 bilion itu termasuk penggerudian untuk minyak di kawasan Tasik Albert di barat laut Uganda dan membina saluran paip yang dipanaskan sepanjang 1,443 kilometer (900 batu) untuk menghantar minyak mentah itu ke pelabuhan Tanga di Lautan Hindi di Tanzania.

    Climate Rights International (CRI), sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan (NPO), menemu bual berpuluh-puluh penduduk tempatan untuk laporan yang menyenaraikan ‘Katalog Penyalahgunaan’ di projek Kingfisher.

    “Sungguh menyedihkan bahawa projek yang disebut-sebut membawa kemakmuran kepada rakyat Uganda malah menjadikan mereka mangsa keganasan, ugutan dan kemiskinan,” kata pengarah eksekutif CRI Brad Adams dalam satu kenyataan.

    “Projek Kingfisher, yang dikendalikan dan dimiliki bersama oleh CNOOC dan majoriti dimiliki oleh TotalEnergies, bukan sahaja bom karbon berbahaya tetapi juga bencana hak asasi manusia,” kata Adams.

    Laporan itu berkata penduduk kampung di kawasan Kingfisher diusir secara paksa, selalunya dengan sedikit atau tanpa notis, oleh tentera, Angkatan Pertahanan Rakyat Uganda (UPDF). – AFP

    Seorang pekerja Uganda dari China Oilfield Services Limited (COSL), kontraktor untuk CNOOC, berjalan berhampiran paip di ladang minyak Kingfisher di pantai Tasik Albert di daerah Kikuube di barat Uganda, pada 24 Januari 2023. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda