Sunday, May 5, 2024
23.4 C
Brunei

    -

    Bengkel motivasi siapkan pelajar menjelang PSR

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 APRIL – Seramai 175 orang pelajar Tahun 6 Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SR YSHHB), hari ini, telah menghadiri Bengkel Motivasi Pelajar Cemerlang bagi mereka yang akan menduduki Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) bagi tahun 2024.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis itu yang berlangsung di dewan sekolah berkenaan ialah Pengetua SR YSHHB, Hajah Mariam binti Haji Ladi.

    Bengkel motivasi disampaikan oleh pensyarah dan Dekan Pelajar dari Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Dr Haji Mohd Shahrol Azmi bin Haji Abdul Muluk. Dalam ceramah motivasinya, beliau antara lain memberikan nasihat dan semangat kepada pelajar dalam persediaan untuk menghadapi peperiksaan PSR pada Oktober nanti.

    Selain itu, beliau menerangkan bengkel yang dinamakan program BERKAT iaitu berusaha, efisien, reda, kompetitif, akhlak dan tawakal yang mana kesemua itu dapat diaplikasikan oleh pelajar dalam kehidupan sehari-hari dengan harapan menjadi pelajar cemerlang bukan sahaja di dunia malah di akhirat. Bengkel turut diisi dengan tiga aktiviti untuk mengembangkan lagi potensi komunikasi serta kepimpinan yang ada dalam diri pelajar.

    Dengan adanya bengkel itu, pelajar diharap dapat mempersiapkan diri bukan sahaja dari segi akademik tetapi juga menaikkan semangat diri bagi mendapatkan kejayaan dan memberikan kesedaran mengenai kepentingan Peperiksaan PSR untuk masa hadapan pendidikan pelajar.

    Hajah Mariam dan Dr Haji Mohd Shahrol Azmi bergambar ramai bersama para kakitangan dan pelajar SR YSHHB yang hadir pada bengkel tersebut. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...